Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 51

A A A
Alkitab Versi Borneo
12"Aku, Akulah yang menghiburkan kamu.

Siapakah engkau sehingga engkau takut kepada manusia yang akan mati,

kepada anak manusia yang seperti rumput belaka?

13Engkau melupakan TUHAN yang menjadikan kamu,

yang membentangkan langit,

dan yang meletakkan dasar bumi.

Engkau terus ketakutan sepanjang hari kerana amarah si penganiaya,

apabila dia merancangkan kemusnahan.

Tetapi di manakah gerangan amarah si penganiaya itu?

14Tawanan yang meringkuk itu akan segera dilepaskan.

Dia tidak akan mati di lubang tutupan

dan tidak akan kekurangan makanan.

15Akulah TUHAN, Allahmu,

yang menggelorakan laut

sehingga gelombangnya menderu-deru.

TUHAN alam semesta ialah nama-Nya.

16Aku telah memberitahukan firman-Ku kepadamu

dan melindungi engkau di bawah naungan tangan-Ku

supaya Aku kembali membentangkan langit dan meletakkan dasar bumi,

sambil berfirman kepada Sion, 'Engkaulah umat-Ku.' "