Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yesaya 44

A A A
Alkitab Versi Borneo

Israel yang terpilih TUHAN

1"Tetapi sekarang dengarlah, wahai Yakub, hamba-Ku,

wahai Israel yang telah Kupilih.

2Beginilah firman TUHAN yang menjadikan engkau,

yang membentuk engkau sejak dalam kandungan,

dan yang akan menolong engkau,

'Jangan takut, wahai hamba-Ku Yakub,

wahai Yesyurun yang telah Kupilih,

3kerana Aku akan mencurahkan air ke atas tanah yang gersang

dan aliran air ke atas tanah yang kering.

Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas keturunanmu

dan berkat-Ku atas anak cucumu.

4Mereka akan bercambah dan menanjak antara rumput,

seperti pokok-pokok gandarusa di tepi aliran air.

5Yang satu akan berkata, 'Aku milik TUHAN,'

yang lain akan menyebut dirinya dengan nama Yakub,

dan yang lain lagi akan menulis, 'Milik TUHAN,' dengan tangannya

serta menggelar dirinya dengan nama Israel.