Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yeremia 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Israel meninggalkan Tuhan

1Firman Tuhan datang kepadaku demikian, 2"Pergilah dan berserulah kepada penduduk Yerusalem: Beginilah firman Tuhan, 'Aku teringat kasih sayangmu pada masa mudamu,

cintamu ketika engkau menjadi pengantin,

bagaimana engkau mengikuti Aku di gurun,

di tanah yang tidak ditaburi benih.

3Waktu itu Israel suci bagi Tuhan,

buah pertama daripada hasil tanah-Nya.

Semua yang memakannya dipandang bersalah,

malapetaka menimpa mereka,' " demikianlah firman Tuhan.

4Dengarlah firman Tuhan, wahai keturunan kaum Yakub, wahai seluruh kaum keluarga keturunan kaum Israel.

5Beginilah firman Tuhan, "Kesalahan apakah yang didapati nenek moyangmu dalam diri-Ku

sehingga mereka menjauh diri daripada-Ku?

Mereka mengikuti kesia-siaan,

dan menjadi sia-sia.

6Mereka tidak bertanya, 'Di manakah Tuhan, yang menuntun kita keluar dari Tanah Mesir,

yang membimbing kita di tanah tandus,

di tanah gurun dan tanah lekak-lekuk,

di tanah gersang dan tanah bayang-bayang maut,

di tanah yang tidak dilintasi dan tidak dihuni orang?'

7Aku telah membawa kamu ke tanah yang subur supaya kamu menikmati buahnya dan kemakmurannya.

Tetapi sesudah kamu masuk, kamu menajiskan tanah-Ku,

harta pusaka-Ku kamu jadikan suatu kekejian.

8Para imam tidak bertanya,

'Di manakah Tuhan?'

Orang yang memegang hukum Taurat tidak mengenal Aku,

dan para gembala umat memberontak terhadap Aku.

Para nabi bernubuat atas nama Baal

dan mengikuti apa yang tidak memberikan faedah.

Yeremia 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Umat yang akan datang ke Sion

14"Kembalilah, wahai anak-anak yang murtad," demikianlah firman Tuhan, "kerana Akulah tuanmu. Aku akan mengambil kamu, seorang dari sebuah kota dan dua orang daripada suatu kaum, lalu Aku akan membawa kamu ke Sion. 15Aku akan memberi kamu gembala-gembala yang selaras dengan kehendak hati-Ku. Mereka akan menggembala kamu dengan pengetahuan dan kebijaksanaan.