Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yehezkiel 36

A A A
Alkitab Versi Borneo
24Aku akan mengambil kamu daripada kalangan bangsa, mengumpulkan kamu dari semua negeri, dan membawa kamu kembali ke tanahmu. 25Kamu akan Kurenjis dengan air suci, sehingga kamu menjadi suci. Akan Kusucikan kamu daripada segala kenajisanmu dan daripada segala berhalamu. 26AKemudian Aku akan mengurniakan kepadamu hati yang baru dan menaruh roh yang baru dalam batinmu. Akan Kusingkirkan hati yang keras daripada tubuhmu dan Kukurniakan hati yang lembut kepadamu. 27Aku akan menaruh Roh-Ku dalam batinmu serta membuat kamu hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku, berpegang teguh pada peraturan-peraturan-Ku, dan mematuhi kesemuanya. 28Kamu akan tinggal di negeri yang Kukurniakan kepada nenek moyangmu, lalu kamu akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu. 29Akan Kuselamatkan kamu daripada segala kenajisanmu. Aku akan berfirman kepada gandum dan menumbuhkannya banyak-banyak. Bencana kebuluran tidak akan Kudatangkan atasmu. 30Aku akan melipatgandakan buah pokok serta hasil ladang supaya kamu tidak lagi menanggung cela di antara bangsa-bangsa kerana bencana kebuluran. 31Kamu akan teringat pada perilakumu yang jahat dan perbuatanmu yang tidak baik, dan kamu akan berasa muak kepada dirimu sendiri kerana kesalahan serta kekejianmu. 32Sedarilah, bukan kerana kamu Aku bertindak, demikianlah firman Tuhan Allah. Berasa malulah dan tanggunglah aib kerana perilakumu, wahai keturunan kaum Israel!"