Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Yakobus 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
12Diberkatilah orang yang tabah menghadapi cubaan. Apabila mereka berjaya menangani cubaan itu, mereka akan mendapat mahkota kehidupan yang telah dijanjikan Allah kepada orang yang mengasihi-Nya. 13Sekiranya seseorang tergoda ketika menghadapi cubaan demikian, tidaklah wajar dia berkata, "Godaan ini datang daripada Allah." Allah tidak dapat digoda oleh kejahatan dan Allah tidak menggoda sesiapa. 14Seseorang tergoda kerana terjerat oleh nafsu jahatnya sendiri. 15Apabila dia menurutkan nafsu jahatnya itu, wujudlah dosa; dan dosa yang matang akan membawa kepada kematian.

16Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah terperdaya. 17Segala pemberian yang baik dan sempurna diturunkan dari syurga oleh Bapa, sumber segala cahaya. Dia tidak berubah dan tidak seperti bayangan yang berubah-ubah bentuknya. 18Dengan kehendak-Nya Dia mencipta kita melalui firman-Nya yang benar. Dengan demikian kita menjadi yang sulung antara semua makhluk-Nya.