Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Wahyu 5

A A A
Alkitab Versi Borneo

Gulungan naskhah dan Anak Domba

1AKemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai. 2Setelah itu, kulihat dan kudengar malaikat yang gagah perkasa bertanya dengan suara lantang, "Siapakah yang layak memecahkan materai dan membuka gulungan naskhah ini?" 3Namun demikian, tiada seorang pun, baik di syurga, di bumi, mahupun di bawah bumi, yang terdaya membuka gulungan naskhah itu dan melihat kandungannya. 4Oleh itu, aku pun menangis teresak-esak kerana tiada seorang pun yang layak membuka dan membaca gulungan naskhah atau melihat kandungannya. 5CKemudian salah seorang tua-tua itu berkata kepadaku, "Jangan menangis. Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, Tunas Daud, telah menang. Dia dapat membuka gulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materai dan membuka gulungan naskhah itu."

6ESelepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia. 7Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah dari tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta. 8FKetika Dia mengambil gulungan kitab itu, empat makhluk dan dua puluh empat orang tua-tua sujud kepada Anak Domba itu. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah batil emas berisi setanggi, iaitu segala doa orang salih. 9GMereka menyanyikan lagu baru: "Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu

dan membuka materainya

kerana Engkau telah dibunuh,

dan dengan darah kematian-Mu

Engkau telah menebus untuk Allah

manusia daripada segala suku,

bahasa, kaum, dan bangsa.

10HEngkau telah menjadikan mereka

suatu kerajaan dan imam-imam Allah

untuk menyembah Allah kita

dan memerintah di bumi."

11IAku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua. 12Mereka menyanyi dengan suara yang lantang: "Anak Domba yang telah disembelih

layak menerima kekuasaan,

kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan,

kehormatan, kemuliaan

dan puji-pujian."

13Aku mendengar semua makhluk – di syurga, di bumi, di bawah bumi, di dalam laut, dan semua yang ada di dalamnya, menyanyi: "Segala puji, kemuliaan dan kuasa kepada

Dia yang duduk di atas takhta

dan kepada Anak Domba untuk

selama-lamanya."