Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ulangan 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perintah Tuhan yang terutama

1Inilah perintah, iaitu segala kanun dan peraturan yang kuajarkan kepadamu atas perintah Tuhan, Allahmu, untuk dilaksanakan di negeri yang akan kamu masuki serta duduki, 2supaya kamu dan anak cucumu takut kepada Tuhan, Allahmu, seumur hidupmu dengan berpegang teguh pada segala kanun serta perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu, dan supaya lanjut umurmu. 3Jadi, dengarlah baik-baik, wahai Israel! Laksanakanlah semua itu dengan setia supaya baik keadaanmu dan supaya jumlahmu menjadi sangat ramai di negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu, seperti yang telah dijanjikan Tuhan, Allah nenek moyangmu, kepadamu.

Memelihara perintah Allah

4ADengarlah, wahai Israel! Tuhan ialah Allah kita. Tuhan itu esa. 5BKasihilah Tuhan, Allahmu, dengan sepenuh hatimu, dengan sepenuh jiwamu, dan dengan sepenuh kekuatanmu. 6CSimpanlah dalam hatimu kata-kata yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. 7Ajarkanlah kesemuanya dengan saksama kepada anak-anakmu dan bicarakanlah semua itu ketika engkau duduk di rumahmu, ketika engkau dalam perjalanan, ketika engkau berbaring, dan ketika engkau bangun. 8Ikatkanlah semua itu sebagai tanda peringatan pada tangan dan dahimu, 9kemudian tuliskanlah pada tiang-tiang pintu rumahmu dan pada pintu-pintu gerbangmu.