Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Titus 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
7Jadilah teladan kepada mereka dengan melakukan perbuatan yang baik. Ajarlah mereka dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh 8dan gunakan kata-kata bijak yang tidak dapat dicela, supaya musuhmu malu kerana gagal mencari kesalahan kita.

11Hal ini demikian kerana kasih kurnia Allah yang menyelamatkan seluruh umat manusia telah nyata. 12Kita diajar supaya hidup warak, tidak memburu keinginan duniawi, mengawal diri, ikhlas, dan menghormati Allah pada zaman ini. 13Kita sedang menunggu hari yang penuh berkat yang kita harap-harapkan, ketika kemuliaan Allah Maha Besar dan Yesus Kristus Penyelamat kita akan terserlah. 14BKristus telah mengorbankan nyawa-Nya untuk membebaskan kita daripada segala kejahatan, menyucikan kita, menjadikan kita milik-Nya serta mendorong kita berbuat baik.