Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Rut 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Berkahwinlah Boas dengan Rut

13Lalu Boas memperisteri Rut dan perempuan itu didampinginya. Atas kurnia TUHAN, Rut pun hamil dan seterusnya melahirkan seorang putera. 14Lantas kalangan kaum wanita pun berkata kepada Naomi, "Terpujilah TUHAN, yang tidak membiarkan kamu tanpa seorang penebus. Termasyhurlah kiranya nama anak ini di Israel. 15Semoga dia jugalah yang menjadi penyeri yang menyegarkan jiwamu dan memelihara kamu pada hari tuamu kerana menantumu yang mengasihimu dan yang lebih berharga bagimu daripada tujuh orang anak lelaki, telah melahirkannya." 16Naomi pun mengambil serta meriba bayi itu lalu menjadi pengasuhnya.

17Para jiran wanita menamakan bayi itu sambil berkata, "Kepada Naomi, seorang putera telah dilahirkan." Lalu mereka menamakan bayi itu Obed.

Dan Obed ialah bapa Isai, iaitu bapa Daud.