Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 8

A A A
Alkitab Versi Borneo

Kemuliaan akan datang

18Aku menganggap bahawa penderitaan kita sekarang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita. 19Seluruh ciptaan menanti-nantikan saatnya Allah menyerlahkan anak-anak-Nya. 20AKerana seluruh ciptaan telah ditundukkan dalam kebuntuan, bukan dengan pilihannya sendiri, tetapi dengan kehendak Dia yang telah menundukkannya, dengan harapan 21bahawa ciptaan itu sendiri akan dibebaskan daripada belenggu kemusnahan dan dibawa ke dalam kebebasan penuh kemuliaan anak-anak Allah.

22Kita tahu bahawa sampai ke saat ini seluruh ciptaan mengerang bagaikan sakit melahirkan anak. 23BLebih daripada itu, kita sendiri yang mendapat buah pertama Roh Allah, turut mengerang dalam batin sambil menanti-nantikan pengangkatan sebagai anak, iaitu penebusan tubuh kita.

Wahyu 21

A A A
Alkitab Versi Borneo

Langit baru dan bumi baru

1AAku melihat langit baru dan bumi baru, kerana langit dan bumi yang lama telah lenyap, dan laut pun tiada lagi. 2DKemudian aku, Yohanes, melihat kota suci, Yerusalem Baru, diturunkan Allah dari syurga, seperti pengantin yang terhias untuk suaminya. 3EAku mendengar suara lantang dari takhta berkata, "Lihatlah, tempat kediaman Allah sekarang berserta manusia, dan Dia akan tinggal bersama mereka, dan mereka akan menjadi umat-Nya, dan Allah sendiri akan bersama mereka sebagai Allah mereka. 4GAllah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka. Tiadalah lagi kematian, kesedihan dan tangisan. Tiada lagi kesakitan, kerana segala yang lama telah lenyap."

5Kemudian Dia yang bersemayam di atas takhta berkata, "Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru." Dia berfirman kepadaku, "Tuliskanlah, kerana kata-kata ini benar dan tepat."