Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Daripada Paulus, hamba Kristus Yesus yang dipanggil untuk menjadi rasul, dan dipilih khas untuk menyebarkan Injil daripada Allah.

2Injil ini telah dijanjikan-Nya dahulu melalui nabi-nabi-Nya, sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, 3iaitu tentang Anak-Nya. Sebagai manusia Dia telah dilahirkan daripada keturunan Daud, 4namun dengan Roh Kudus, Dia telah diisytiharkan melalui kuasa yang besar sebagai Anak Allah, iaitu dengan kebangkitan-Nya daripada kematian. Dialah Yesus Kristus, Tuhan kita. 5Melalui Yesus Kristus dan demi nama-Nya, kami diberi kasih kurnia dan jawatan rasul untuk menyeru manusia daripada segala suku bangsa supaya taat dalam iman kepada-Nya. 6Kamu juga termasuk dalam golongan itu, kerana Allah telah memanggilmu menjadi milik Yesus Kristus.

7Aku menulis kepada kamu sekalian di Romai, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih.

Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus memberimu kasih kurnia dan damai sejahtera.

Paulus ingin pergi ke Roma

8Pertama sekali, aku bersyukur kepada Allahku melalui Yesus Kristus kerana kamu sekalian, disebabkan seluruh dunia memperkatakan imanmu. 9Allah, yang kusembah sepenuh hati dalam penyebaran Injil Anak-Nya, menjadi saksiku bahawa aku sentiasa mengingatimu 10dalam doaku, dan memohon semoga dengan izin Allah aku dapat mengunjungimu.