Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 10

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Saudara-saudaraku, hasrat hatiku dan doaku kepada Allah tentang orang Israel ialah semoga mereka akan diselamatkan. 2Aku dapat memberikan kesaksian bahawa mereka bersungguh-sungguh dalam ibadat kepada Allah, tetapi kesungguhan mereka tidak berasaskan pengetahuan yang benar. 3Oleh sebab mereka tidak mengetahui perbenaran yang datang daripada Allah dan mereka berusaha menegakkan perbenaran mereka sendiri, maka mereka tidak tunduk kepada perbenaran Allah.i 4Kristus ialah titik tamat hukum supaya perbenaran didapati oleh setiap orang yang beriman.

5AMusa telah menulis tentang perbenaran berasaskan hukum Taurat, "Sesiapa yang melakukan hal-hal ini akan hidup mengikutnya." 6BTetapi perbenaran berasaskan iman berkata demikian, "Jangan bertanya dalam hatimu, 'Siapa yang akan naik ke syurga?' (untuk membawa Kristus turun) 7atau, 'Siapa yang akan turun ke alam kubur?' (untuk membawa Kristus naik daripada kematian)." 8Apakah yang dikatakan? "Firman itu begitu dekat denganmu, di mulutmu dan dalam hatimu (iaitu firman tentang iman yang kami isytiharkan): 9Jika kamu akui dengan mulutmu bahawa Yesus ialah Tuhan dan percaya dalam hatimu bahawa Allah telah membangkitkan-Nya daripada kematian, kamu akan diselamatkan; 10kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan." 11CSebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, "Sesiapa yang percaya kepada-Nya tidak akan diaibkan." 12Kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani, kerana Tuhan yang sama berkuasa atas semuanya dan melimpahkan berkat ke atas semua yang menyeru kepada-Nya. 13DKerana "Sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan."