Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Pengkhutbah 5

A A A
Alkitab Versi Borneo

Takut kepada Allah

1Jagalah langkahmu ketika kamu berjalan ke Rumah Allah! Menghampiri bait itu untuk mendengar memang lebih baik daripada mempersembahkan korban sebagaimana yang dilakukan oleh kalangan bodoh yang tidak tahu bahawa mereka berbuat jahat. 2Janganlah terburu-buru berkata-kata dengan mulutmu, dan janganlah hatimu segera mengeluarkan perkataan di hadapan Allah, kerana Allah di syurga walhal kamu berada di bumi. Maka biarlah sedikit sahaja perkataanmu. 3Sebagaimana punca impian ialah kesibukan berusaha, begitu jugalah terlalu banyak kata membawa pengucapan bodoh. 4AJika kamu bernazar kepada Allah, bersegeralah membayarnya kerana Allah tidak berkenan terhadap kalangan bodoh. Maka bayarlah nazarmu. 5Lebih baik tidak bernazar daripada kamu bernazar tetapi tidak membayar nazarmu. 6Usah membiarkan mulutmu menyebabkan kamu berdosa, dan usah berkata di hadapan malaikat bahawa kamu tersilap. Mengapa sampai Allah perlu murka atas kata-katamu lalu merosakkan pekerjaan tanganmu?

7Terlalu banyak kata dan impian hanyalah kesia-siaan. Maka takutlah kepada Allah.