Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 102

A A A
Alkitab Versi Borneo

Doa seorang derita apabila dia lemah dan mencurahkan kesusahannya kepada TUHAN. 1Dengarlah doaku, ya TUHAN;

dan biarlah seruanku datang kepada-Mu.

2Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku semasa aku dalam kesusahan.

Condongkan telinga-Mu kepadaku;

ketika aku berseru, jawablah aku segera.

18Ini akan disuratkan untuk keturunan akan datang,

supaya umat yang belum lahir akan memuji TUHAN:

19"Dia memandang ke bawah dari tempat suci-Nya,

dari syurga TUHAN memerhatikan bumi,

20untuk mendengar rintihan orang yang dipenjarakan,

untuk membebaskan mereka yang dihukum mati."

21Untuk mengisytiharkan nama TUHAN di Sion

dan pujian untuk-Nya di Yerusalem

22apabila umat-umat berhimpun dan kerajaan-kerajaan berhimpun untuk beribadat kepada TUHAN.

23Dia melemahkan kekuatanku dalam hidup;

Dia memendekkan umurku.

24Aku berkata:

"Ya Allahku, janganlah ambil aku pada separuh umurku; masa-Mu meliputi semua keturunan.

25APada mulanya, Engkau meletakkan asas bumi,

dan seluruh langit adalah hasil kerja tangan-Mu.

26Bumi dan langit akan binasa, tetapi Engkau kekal;

ya, segalanya akan menjadi usang seperti pakaian.

Seperti jubah Engkau akan menggulungnya,

seperti baju yang ditukar, semuanya akan diubah.

27Tetapi Engkau tetap sama,

dan tahun-tahun-Mu tidak berkesudahan.

28Anak hamba-hamba-Mu akan berterusan;

dan anak cucu mereka akan berdiri di hadirat-Mu."