Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 98

A A A
Alkitab Versi Borneo

Sebuah mazmur. 1Nyanyikan untuk TUHAN lagu yang baru,

kerana Dia telah melakukan perkara yang menakjubkan;

tangan kanan-Nya dan lengan-Nya yang suci

telah membawa kemenangan untuk-Nya.

2TUHAN telah memberitahu tentang penyelamatan-Nya,

dan perbenaran-Nyai telah ditunjukkan-Nya kepada bangsa-bangsa.

3Dia telah ingat akan kasih-Nya

dan kesetiaan-Nya kepada keturunan kaum Israel;

semua pelosok bumi telah melihat penyelamatan Allah.

4Bersorak rianglah kepada TUHAN, seluruh bumi,

menyanyilah, bergembiralah, dan nyanyikanlah pujian;

5menyanyilah kepada TUHAN dengan kecapi,

dengan kecapi dan nyanyian mazmur,

6dengan nafiri dan sangkakala –

bersorak rianglah ke hadirat TUHAN, Raja kita.

7Biarlah laut menderu, dan segala yang dalamnya,

dunia dan semua penghuninya.

8Biarlah sungai-sungai bertepuk tangan,

biarlah bukit-bukau berbahagia bersama-sama

9di hadapan TUHAN kerana Dia akan datang untuk menghakimi bumi.

Dengan keadilan Dia akan menghakimi dunia

dan kaum-kaum dengan saksama.