Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 8

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan gitit. Mazmur Daud. 1Ya Tuhan, Tuhan kami,

betapa agung nama-Mu di seluruh bumi!

Engkau telah menetapkan kemuliaan-Mu yang mengatasi langit.

2ADaripada mulut kanak-kanak dan bayi yang masih menyusu,

Engkau telah membina kekuatan untuk menentang musuh-Mu,

supaya Engkau dapat menewaskan seteru dan penuntut bela.

3Apabila aku melihat langit-Mu,

hasil kerja jari-Mu,

bulan dan bintang, yang Kautentukan,

4Bapakah manusia maka Engkau mengingatnya,

dan anak manusia maka Engkau mengendahkannya?

5Engkau telah menjadikannya rendah sedikit daripada Yang Ilahi dan

memahkotakannya dengan kemuliaan dan kehormatan.

6CEngkau telah memberinya kekuasaan atas seluruh ciptaan-Mu;

Engkau telah menaklukkan segala sesuatu di bawah kakinya:

7segala domba dan lembu,

segala binatang di padang,

8burung di udara, dan ikan di laut,

serta segala hidupan di lautan.

9Ya Tuhan, Tuhan kami,

betapa agung nama-Mu di seluruh bumi!