Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 70

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik.

Mazmur rayuan Daud. 1Segeralah, ya Allah, selamatkan aku;

Ya TUHAN, segeralah tolong aku.

2Biar mereka dimalukan dan dikelirukan,

mereka yang ingin meragut nyawaku;

biar mereka berundur dan menanggung aib,

mereka yang hendak memusnahkan aku.

3Biar mereka berundur kerana malu,

mereka yang mengejekku, "Aha! Aha!"

4Biar semua yang mencari-Mu

bergembira dan bersukacita kerana-Mu;

dan biar mereka yang cinta akan penyelamatan-Mu berkata sentiasa,

"Allah Maha Tinggi!"

5Aku miskin dan sesak;

segeralah datang, ya Allah.

Engkaulah penolong dan penyelamatku;

janganlah berlengah-lengah, ya TUHAN.