Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 67

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Dengan alat muzik bertali. Sebuah mazmur. Sebuah nyanyian. 1Ya Allah, kasihani dan berkatilah kami

dan limpahi kami dengan sinar wajah-Mu,

2supaya jalan-Mu diketahui di bumi ini,

penyelamatan-Mu diisytiharkan kepada semua bangsa.

3Biar umat memuji-Mu, ya Allah;

biar semua umat memuji-Mu.

4Biar bangsa-bangsa bersukacita dan menyanyi kegirangan,

kerana Engkau akan menghakimi manusia dengan adil

dan memerintah bangsa-bangsa di bumi.

5Biar umat memuji-Mu, ya Allah;

biar semua umat memuji-Mu.

6Maka bumi akan bertambah subur,

Allah, Allah kita, akan memberkati kita.

7Allah akan memberkati kita,

dan setiap pelosok bumi akan takut kepada-Nya.