Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 63

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud ketika dia di Gurun Yehuda. 1Ya Allah, Engkau Allahku,

aku akan mencari-Mu segera;

jiwaku dahaga kepada-Mu,

jasadku merindui-Mu,

di tanah gersang tandus tanpa air.

2Maka aku mencari-Mu di tempat suci-Mu untuk melihat kekuasaan dan kemuliaan-Mu.

3Kerana kasih-Mu lebih bernilai daripada nyawa,

bibirku akan memuji-Mu.

4Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku,

aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu.

5Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu;

dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita.

6Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku;

aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam.

7Kerana Engkau telah menolongku,

maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira.

8Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat;

tangan kanan-Mu memberiku kekuatan.

9Tetapi mereka yang ingin meragut nyawaku;

akan terbenam jauh di dalam bumi.

10Mereka mati ditikam pedang

mereka akan menjadi habuan serigala.

11Raja akan bersukacita kerana Allah;

setiap orang yang berjanji dengan nama Allah akan memuliakan-Nya,

tetapi mulut pendusta akan dibisukan.