Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 62

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik.

Menurut Yedutun. Mazmur Daud. 1Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah;

daripada-Nya datang penyelamatanku.

2Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku;

Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan.

3Berapa lamakah kamu akan terus menyerang?

Kamu semua akan dimusnahkan –

seperti dinding yang miring

dan pagar yang hampir rebah.

4Mereka berkomplot semata-mata untuk menggulingkannya

daripada kedudukannya yang tinggi;

mereka suka berdusta.

Mereka memberkati dengan mulut,

tetapi menyumpah dalam hati.

5Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja;

kerana harapanku terletak pada-Nya.

6Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku;

Dialah pertahananku, maka aku tidak akan digugat.

7Pada Allah penyelamatanku dan kemuliaanku;

batu pejal kekuatanku, dan tempat perlindunganku pada Allah.

8Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umatku;

curahkan isi hatimu di hadirat-Nya,

Allah Pelindung kita.

9Sesungguhnya, manusia baik rendah mahupun tinggi kedudukannya,

hanyalah nafas dan bayangan maya;

jika mereka ditimbang dengan neraca;

semuanya lebih ringan daripada nafas.

10Jangan letakkan kepercayaan kepada penindasan,

usah berharap sia-sia kepada hasil rompakan;

walaupun kekayaanmu bertambah,

jangan bergantung kepadanya.

11Allah telah berfirman beberapa kali,

dan aku telah mendengar:

bahawa kuasa hanya milik Allah,

12Akasih juga milik-Mu, ya Tuhan.

Engkau memberi ganjaran yang sepadan dengan usaha setiap orang.