Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 61

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Dengan alat muzik bertali. Mazmur Daud. 1Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku.

2Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu,

ketika hatiku tertekan;

bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku.

3Kerana Engkaulah tempat aku bernaung,

menara perkasa yang melindungiku daripada musuh.

4Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya;

aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu.

5Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku;

Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu.

6Engkau akan melanjutkan usia raja,

hayatnya dan zuriatnya turun-temurun.

7Dia akan berada di hadirat Allahi selama-lamanya;

kurniakanlah kasih dan kesetiaan yang akan memeliharanya.

8Maka aku akan menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu selama-lamanya

untuk menunaikan janjiku setiap hari.