Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 50

A A A
Alkitab Versi Borneo
8Aku tidak menyalahkan kamu kerana korban sembelihanmu,

atau kerana korban bakaran yang sentiasa kamu persembahkan kepada-Ku.

9Aku tidak memerlukan lembu jantan dari kandang di rumahmu atau kambing dari kawananmu,

10kerana setiap haiwan di gurun ialah milik-Ku,

begitu juga lembu di atas seribu bukit.

11Aku mengenal semua burung di pergunungan,

dan haiwan liar di padang semuanya milik-Ku.

12Kalaulah Aku lapar, Aku tidak akan memberitahumu,

kerana dunia ini milik-Ku, dengan seluruh isinya.

13Adakah Aku akan makan daging lembu jantan atau minum darah kambing?

14Persembahkan kesyukuran kepada Allah,

dan tunaikan janjimu kepada Yang Maha Tinggi,

15berdoalah kepada-Ku pada masa kesusahan;

Aku akan menyelamatkanmu,

dan kamu akan memuliakan-Ku."