Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali.

Mazmur Daud. 1Jawablah apabila aku berseru kepada-Mu,

Ya Allahku yang benar.

Kurangkan penderitaanku;

kasihanilah aku dan dengar doaku.

2Berapa lamakah, hai manusia,

kamu akan terus menjadikan kemuliaanku satu keaiban?

Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya

dan mencari tuhan-tuhan palsu?

3Ketahuilah, TUHAN telah memilih orang yang warak untuk diri-Nya;

TUHAN akan mendengar apabila aku berseru kepada-Nya.

4AApabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa;

ketika di tempat tidurmu,

sorotilah hatimu dalam senyap sepi.

5Persembahkan korban-korban yang benar dan percayalah kepada TUHAN.

6Ramai yang bertanya, "Siapa dapat menunjukkan kita kebaikan?"

Sinari kami dengan cahaya wajah-Mu, ya TUHAN.

7Engkau telah memenuhi hatiku dengan kegembiraan lebih daripada ketika biji-bijian

dan air anggur baru mereka mewah melimpah.

8Aku akan berbaring dan tidur dalam sejahtera,

kerana hanya Engkau, ya TUHAN,

membolehkan aku tinggal dengan selamat.