Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 25

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Kepada-Mu, ya TUHAN, kuserahkan jiwaku;

2Ya Allahku, aku percaya kepada-Mu.

Janganlah biarkan aku malu,

janganlah biarkan musuhku menewaskan diriku.

3Sesungguhnya, janganlah biarkan sesiapa yang menantikan-Mu

menanggung malu,

biarlah yang dimalukan itu mereka yang berbuat khianat tanpa sebab.

4Tunjukkanlah aku jalan-Mu, ya TUHAN,

ajarkanlah aku mengikut jalan-Mu;

5bimbinglah aku kepada kebenaran-Mu dan ajarlah aku,

kerana Engkaulah Allah Penyelamatku,

Engkau kunantikan sepanjang waktu.

6Ingatilah, ya TUHAN,

belas kasihan-Mu yang lembut mesra,

kerana segalanya dari zaman dahulu.

7Janganlah ingati dosaku di usia muda dan keingkaranku;

ingatilah aku dengan kasih-Mu,

demi kebaikan-Mu, ya TUHAN.

8TUHAN baik dan tulus;

maka Dia mengajar orang berdosa jalan yang benar.

9Dia membimbing orang yang rendah hati dalam keadilan

dan mengajar mereka jalan-Nya.

10Semua jalan TUHAN adalah kasih dan kebenaran

bagi mereka yang berpegang kepada perjanjian dan peraturan-Nya.

11Demi nama-Mu, ya TUHAN

ampunkanlah kejahatanku, walaupun amat besar.