Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 139

A A A
Alkitab Versi Borneo
11Jika aku berkata, "Tentulah kegelapan akan menyelubungiku dan cahaya sekelilingku akan menjadi malam,"

12sesungguhnya kegelapan tidak gelap bagi-Mu;

dan malam terang-benderang seperti siang, kegelapan dan cahaya serupa bagi-Mu.

13Kerana Engkau telah membentuk bahagian-bahagian dalamku;

Engkau melindungiku di dalam rahim ibuku.

14Aku akan memuji-Mu, kerana aku dicipta dengan mengagumkan dan menakjubkan;

sungguh menakjubkan ciptaan-Mu, dan ini amat diketahui oleh jiwaku.

15Bentukku tidak tersembunyi daripada-Mu

ketika aku dicipta dalam rahsia

dan diukir dengan mahir di bahagian bumi yang paling bawah.

16Mata-Mu telah melihat zatku yang masih belum dibentuk. Dan dalam kitab-Mu segalanya tersurat

hari-hari yang ditentukan untukku.

17Betapa bernilai fikiran-Mu juga bagiku, ya Allah!

Betapa besar jumlahnya!

18Jika kuhitung,

jumlahnya lebih banyak daripada pasir.

Apabila aku terjaga,

aku masih bersama-Mu.