Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 104

A A A
Alkitab Versi Borneo
24Ya TUHAN, sungguh beraneka hasil kerja-Mu!

Dengan bijaksana Engkau telah mencipta segala-galanya; bumi penuh dengan milik-Mu.

25Laut yang besar dan luas, yang tidak terkira banyak isi di dalamnya –

makhluk hidup yang kecil dan besar.

26ADi situ kapal-kapal belayar,

dan Lewiatan yang telah Kaujadikan untuk bermain di sana.

27Semuanya menantikan-Mu

bahawa Engkau akan memberi mereka makanan pada waktu yang ditentukan.

28Apa yang Kauberikan,

mereka kumpulkan;

Engkau membuka genggaman tangan-Mu,

penuh dengan segala yang baik.

29Engkau menyembunyikan wajah-Mu,

mereka menanggung kesusahan;

Engkau mengambil nafas mereka,

lalu mereka mati dan kembali menjadi debu.

30Engkau menghantar Roh-Mu,

lalu mereka dicipta,

dan Engkau membaharui muka bumi.

31Semoga kemuliaan TUHAN kekal selama-lamanya;

semoga TUHAN bergembira dengan hasil kerja-Nya –

32Dia memandang bumi, lalu bumi gementar,

Dia menyentuh bukit, lalu bukit berasap.

33Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang hayatku;

aku akan menyanyikan pujian untuk Allahku selagi aku hidup.

34Semoga renunganku baik di sisi-Nya,

aku akan bersukacita kerana TUHAN.