Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 103

A A A
Alkitab Versi Borneo
13Sebagaimana bapa mengasihani anak-anak,

demikianlah TUHAN mengasihani orang yang takut kepada-Nya;

14kerana Dia tahu bagaimana kita dibentuk,

Dia ingat bahawa kita ialah debu.

15Hidup manusia seperti rumput,

seperti bunga di padang, begitulah dia berkembang;

16angin meniupnya, maka tiadalah dia lagi,

dan tempatnya dahulu tidak mengingatinya.

17Tetapi kasih TUHAN dari selama-lamanya sampai selama-lamanya

bagi mereka yang takut kepada-Nya, dan perbenaran-Nya sampai anak cucu,

18kepada mereka yang mematuhi perjanjian-Nya

dan kepada mereka yang mengingati ajaran-ajaran-Nya.

19TUHAN telah menempatkan takhta-Nya di syurga,

dan kerajaan-Nya memerintah semua yang ada.

20Pujilah TUHAN, hai kamu para malaikat-Nya yang amat gagah perkasa,

yang menjalankan firman-Nya dan sentiasa mendengar suara firman-Nya.

21Pujilah TUHAN, hai semua angkatan syurga-Nya,

kamu para hamba-Nya yang melakukan apa yang diredai-Nya.

22Pujilah TUHAN, segala hasil kerja-Nya

di semua tempat yang dikuasai-Nya.

Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.