Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 100

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur kesyukuran. 1Bersorak rianglah kepada TUHAN, wahai seluruh bumi.

2Sembahlah TUHAN dengan sukacita;

datanglah ke hadirat-Nya dengan nyanyian.

3Ketahuilah bahawa TUHAN, Dialah Allah.

Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.

4Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur

dan ke pekarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya.

5AKerana TUHAN baik, kasih-Nya untuk selama-lamanya;

dan kesetiaan-Nya kekal turun-temurun, zaman-berzaman.