Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 3

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus dibaptiskan

13Ketika itu, Yesus meninggalkan Galilea lalu pergi ke Sungai Yordan untuk dibaptiskan oleh Yohanes. 14Akan tetapi, Yohanes cuba menolak dengan berkata, "Sepatutnya Engkau yang membaptisku. Ini Engkau pula datang kepadaku!"

15Tetapi Yesus menjawab, "Biarkanlah demikian untuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikan segala perbenaran."i Yohanes pun patuh.

16Setelah dibaptiskan, Yesus keluar dari air dengan segera. Lalu terbukalah langit dan Dia melihat Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. 17AKemudian kedengaran suara dari syurga, "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan."