Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 27

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus disalib

32Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang lelaki dari Kirene bernama Simon. Mereka memaksanya mengangkat kayu salib Yesus. 33Mereka pun sampai di suatu tempat dipanggil Golgota, bermakna Tempat Tengkorak. 34ADi situ mereka memberi-Nya air anggur masam bercampur hempedu dan menyuruh-Nya minum. Tetapi setelah merasanya, Dia enggan minum. 35BSelepas itu mereka menyalib-Nya, dan membahagikan pakaian-Nya dengan membuang undi. 36Kemudian mereka duduk berjaga di situ. 37Di atas kayu salib Yesus mereka memaparkan tuduhan terhadap-Nya: "Inilah Yesus Raja orang Yahudi." 38Dua orang perompak disalib bersama-Nya, seorang di kanan dan seorang di sebelah kiri-Nya. 39COrang yang lalu di situ mengejek-Nya. Sambil menggeleng-gelengkan kepala 40Dmereka berkata, "Engkau mahu memusnahkan Bait Suci dan membinanya semula dalam tiga hari; selamatkanlah diri-Mu! Kalau Engkau Anak Allah, turunlah dari salib itu."

41Begitu jugalah ketua-ketua imam, ahli Taurat dan tua-tua, turut mengejek Yesus: 42"Dia telah menyelamatkan orang lain tetapi Dia tidak dapat menyelamatkan diri-Nya. Kalau benar Dia Raja Israel, turunlah dari kayu salib itu sekarang, baru kami percaya kepada-Nya. 43EDia percayakan Allah. Biar Allah menyelamatkan-Nya sekarang, kalau Allah mahu mengakui-Nya; kerana Dia berkata, 'Aku Anak Allah.' " 44Perompak yang disalib bersama Yesus pun mencela-Nya dengan kata-kata demikian.

45Dari jam yang keenam hingga jam kesembilan,i seluruh negeri itu diselubungi kegelapan. 46FKira-kira jam kesembilan,ii Yesus berseru dengan suara yang lantang, "Eli, Eli,iii lama sabakhtani?" maksudnya "Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?"

47Beberapa orang yang berdiri di situ mendengar seruan itu berkata, "Orang ini memanggil Elia."

48GSerta-merta seorang daripada mereka mengambil span, memenuhinya dengan air anggur masam dan meletakkannya pada mensiang lalu menawarkannya kepada Yesus sebagai minuman. 49Yang lain berkata, "Jangan hiraukan Dia; mari kita lihat kalau Elia datang menyelamatkan-Nya."

50Yesus berseru dengan kuat sekali lagi, lalu menyerahkan roh-Nya dengan nafas terakhir.