Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Matius 13

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus ditolak di Nazaret

53Setelah Yesus selesai menceritakan ibarat, Yesus pun beredar dari situ. 54Lalu Dia pulang ke kampung halaman-Nya. Di situ Dia mengajar di saumaah.i Orang yang mendengar-Nya hairan lalu bertanya, "Dari manakah Dia mendapat kebijaksanaan begini? Dari manakah Dia mendapat kuasa melakukan mukjizat? 55Bukankah Dia anak tukang kayu? Bukankah Maria itu ibu-Nya, dan Yakobus, Yusuf, Simon serta Yudas itu saudara-Nya? 56Bukankah saudara-saudara perempuan-Nya ada bersama kita? Dari manakah Dia mendapat semua ini?" 57ADengan demikian mereka enggan menerima-Nya.

Yesus berkata kepada mereka, "Seorang nabi dihormati kecuali di kampung halamannya dan dalam keluarganyaii sendiri."

58Yesus tidak banyak melakukan mukjizat di situ kerana mereka tidak percaya.