Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Markus 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus berjalan di atas air

45Yesus segera mengarahkan murid-murid-Nya pergi dahulu dengan perahu ke Betsaida di seberang laut sementara Dia menyuruh orang ramai itu pulang. 46Setelah mereka pergi, Yesus naik ke bukit untuk berdoa. 47Apabila hari sudah malam, perahu para murid Yesus sudah sampai ke tengah laut sedangkan Yesus seorang diri di darat. 48Yesus melihat murid-murid-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah bertentangan. Kira-kira antara dinihari dan subuh,i Yesus berjalan di atas air menghampiri mereka. Dia hendak mendahului mereka. 49Tetapi ketika mereka terpandang Dia berjalan di atas air, mereka menyangka-Nya hantu lalu mereka berteriak-teriak. 50Mereka ketakutan melihat Yesus.

Tetapi Dia segera berkata kepada mereka, "Tabahkanlah hatimu! Aku Yesus. Jangan takut." 51Dia naik ke perahu mereka, lalu angin pun teduh. Para murid-Nya hairan tercengang. 52Mereka masih belum mengerti apa sebenar yang berlaku dengan roti itu, kerana hati mereka masih keras.

53Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret. Di situ mereka menambat perahu itu.