Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Markus 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Siapa yang terbesar?

33Mereka tiba di Kapernaum. Setelah tiba di rumah, Yesus bertanya kepada murid-murid-Nya, "Apa yang kamu persoalkan di jalan tadi?"

34AMereka tidak menjawab, kerana dalam perjalanan mereka telah mempersoalkan siapa yang terbesar. 35BYesus duduk lalu memanggil murid-Nya yang dua belas itu. Dia berkata kepada mereka, "Kalau sesiapa ingin menjadi yang terdahulu, dia mestilah menjadi yang terakhir dan hamba kepada semua orang." 36Selepas itu, Dia memanggil seorang kanak-kanak dan menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Dia mendakap kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka, 37C "Sesiapa yang menyambut seorang kanak-kanak seperti ini kerana nama-Ku, menyambut-Ku. Sesiapa yang menyambut-Ku bukanlah menyambut-Ku tetapi menyambut Dia yang mengutus-Ku."