Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Markus 4

A A A
Alkitab Versi Borneo

Ibarat tentang benih yang tumbuh

26Yesus berkata seterusnya, "Kerajaan Allah ibarat seorang yang menabur benih di ladangnya. 27Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi. 28Tanahlah yang menumbuhkan tanaman hingga berbuah – mula-mula pucuk, kemudian bulir, akhirnya buah. 29ASetelah masak, buahnya disabit oleh orang itu dengan segera kerana musim menuai telah tiba."