Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Markus 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus menyembuhkan seorang yang sakit kusta

40Seorang yang menghidap penyakit kusta datang kepada Yesus lalu berlutut meminta pertolongan-Nya. Katanya, "Jika Engkau mahu, Engkau dapat mentahirkanku."

41Yesus berbelas kasihan lalu menghulurkan tangan-Nya menyentuh orang itu sambil berkata, "Aku mahu. Tahirlah!" 42Pada saat itu juga orang itu ditahirkan daripada penyakit kusta. 43Yesus segera menyuruhnya pergi dengan memberikan suatu peringatan keras: 44A"Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam serta persembahkan korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka bahawa kamu sudah ditahirkan."

45Tetapi orang itu menyebarkan hal itu merata-rata dan terus-menerus, sehingga Yesus tidak dapat masuk ke bandar terang-terangan. Yesus tinggal di luar kota di tempat-tempat yang lengang, namun orang dari pelbagai kawasan datang kepada-Nya.