Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Maleakhi 3

A A A
Alkitab Versi Borneo
8"Sanggupkah manusia merompak Allah? Namun demikian, kamu merompak Aku. "Tetapi kamu bertanya, 'Bagaimanakah kami merompak Engkau?'

"Dalam hal persembahan sepersepuluh dan persembahan khusus. 9Kamu dikutuk atas sebab kamu merompak Aku – ya, kamu seluruh bangsa! 10ABawalah seluruh persembahan sepersepuluh kamu ke dalam perbendaharaan, supaya ada makanan di Bait-Ku. Kemudian ujilah Aku dalam hal ini," firman Tuhan alam semesta, "adakah Aku tidak membuka bagimu tingkap-tingkap di langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai tiada tempat yang memadai menampungnya. 11Lalu bagi pihak kamu, Aku akan mencela segala hama pemusnah, sehingga hama itu tidak memusnahkan hasil tanahmu. Pokok anggurmu di ladang tidak akan menggugurkan buah sebelum tiba masanya," demikianlah firman Tuhan alam semesta. 12"Segala bangsa akan menyebut kamu berbahagia, kerana kamu akan menjadi negeri kesukaan," demikianlah firman Tuhan alam semesta.