Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 24

A A A
Alkitab Versi Borneo
44Kemudian, Dia berkata kepada mereka, "Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersamamu dahulu: Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku."

45Lalu Dia membuka pintu pemahaman mereka supaya mereka mengerti maksud Kitab Suci. 46Dia berkata lagi, "Demikianlah yang tersurat: Bahawa Kristus harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, 47dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem. 48Kamulah saksi segala perkara ini. 49ADan Aku akan mengurniakan pemberian yang dijanjikan Bapa-Ku kepadamu. Tetapi, tunggulah di kota ini sehingga kamu diperlengkap dengan kuasa dari tempat tinggi."