Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus menceritakan kisah penderitaan dan kematian-Nya

21Dengan tegasnya Yesus melarang mereka memberitahu hal ini kepada sesiapa pun; 22dan menambah, "Anak Manusia harus banyak menanggung kesengsaraan serta ditolak oleh para pemimpin masyarakat, ketua imam dan ahli Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian, Dia akan dibangkitkan semula."

23AYesus berkata kepada semua, "Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya,i memikul salib setiap hari, dan mengikut-Ku. 24BSesiapa yang mahu memelihara nyawanya akan kehilangannya. Tetapi sesiapa yang mengorbankan nyawanya kerana Aku akan memeliharanya.