Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 6

A A A
Alkitab Versi Borneo

Dua orang pembina rumah

46"Mengapakah kamu memanggil Aku, 'Tuhan, Tuhan,' tetapi tidak mematuhi perintah-Ku? 47Aku akan menunjukkan kepadamu keadaan orang yang datang kepada-Ku dan mendengar serta menurut kata-kata-Ku. 48Dia umpama seorang yang membina rumah. Dia menggali lubang dalam-dalam lalu meletakkan asas rumah itu di atas batu. Apabila banjir berlaku, arus dari sungai akan melanda rumah itu tetapi tidak dapat menggoncangkannya kerana rumah itu didirikan dengan kukuh. 49Akan tetapi, orang yang mendengar dan tidak menurut kata-kata-Ku umpama seorang yang membina rumah di atas tanah tanpa asas. Apabila dilanda arus sungai, rumah itu akan runtuh dan kerosakannya besar sekali."