Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 22

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus berdoa

39Yesus meninggalkan tempat itu lalu pergi ke Bukit Zaitun seperti kebiasaan-Nya. Murid-murid-Nya pergi bersama Dia. 40Sesampainya ke tempat itu, Dia berkata kepada mereka, "Berdoalah kamu supaya kamu tidak tergoda."

41Yesus pergi jauh sedikit daripada mereka, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut untuk berdoa. 42"Ya Bapa, jika berkenan kepada-Mu, jauhkanlah kiranya cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi bukannya kehendak-Ku melainkan kehendak-Mu yang dilaksanakan."

43Malaikat dari syurga datang dan menguatkan-Nya. 44Dalam kesengsaraan Dia berdoa, peluh-Nya seperti darah menitik ke tanah.

45Yesus bangun daripada berdoa, dan kembali kepada murid-murid-Nya. Dia mendapati mereka tertidur kerana sangat sedih. 46Dia berkata kepada mereka, "Mengapakah kamu tidur? Bangunlah dan berdoa supaya kamu tidak tergoda."