Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 18

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yesus menyembuhkan seorang pengemis yang buta

35Ketika Yesus menghampiri kota Yerikho, ada seorang buta yang duduk di tepi jalan meminta sedekah. 36Apabila dia mendengar bunyi orang ramai lalu, dia bertanya, "Apakah yang sedang berlaku?"

37Orang memberitahu dia bahawa Yesus, orang Nazaret, sedang lalu.

38Dia pun berseru, "Yesus, Anak Daud, kasihanilah aku!"

39Orang yang di hadapannya memarahinya dan menyuruhnya diam, tetapi dia semakin kuat berseru, "Anak Daud, kasihanilah aku!"

40Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa dia kepada-Nya. Lalu tanya Yesus apabila dia mendekati-Nya, 41"Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?"

Jawab orang itu, "Tuhan, aku ingin melihat."

42Yesus berkata kepadanya, "Terimalah penglihatanmu kembali, imanmu telah menyembuhkanmu."

43Serta-merta, orang itu dapat melihat lalu mengikut Yesus sambil memuji Allah. Semua orang yang menyaksikan kejadian ini memuji Allah.