Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Lukas 1

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian pujian Maria

46Maria berkata, "Jiwaku meninggikan Tuhan;

47rohku bergembira kerana Allah, Penyelamatku,

48Akerana Dia mengingati hamba-Nya yang hina.

Dari sekarang hingga selama-lamanya,

orang akan berkata aku diberkati,

49kerana Yang Maha Kuasa telah melakukan perkara yang besar untuk aku.

Sucilah Nama-Nya.

50Dia mengasihani mereka yang takut akan Dia,

daripada satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.

51Dia telah menunjukkan kekuatan tangan-Nya;

Dia telah mencerai-beraikan mereka yang berhati bongkak dalam pemikiran mereka.

52BDia telah menurunkan raja-raja daripada takhta mereka

dan mengangkat tinggi orang yang hina;

53Dia telah memuaskan orang yang lapar dengan segala yang baik

tetapi orang kaya dihalau pergi dengan tangan kosong.

54Dia menolong bangsa Israel, hamba-Nya

kerana Dia ingat akan belas kasihan-Nya

55Cyang dijanjikan kepada nenek moyang kita Abraham

dan semua keturunannya untuk selama-lamanya."