Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kolose 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
13Dia telah melepaskan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kerajaan Anak yang dikasihi-Nya, 14Amelalui Dialah kita ditebus dan mendapat pengampunan dosa.

Keulungan Kristus

15Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan. 16Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya. 17Dia terdahulu daripada segalanya, dan setiap yang wujud ada dalam-Nya. 18BDan Dia ialah Kepala kepada tubuh iaitu jemaah; Dia adalah permulaan, anak sulung yang bangkit daripada kematian, supaya dalam segalanya Dialah yang terutama. 19Kerana Allah berkenan bahawa seluruh diri-Nya berada dalam Dia. 20CJuga melalui Dia, Allah mendamaikan segalanya dengan diri-Nya, baik yang di bumi mahupun di syurga, dengan mengadakan perdamaian melalui pencurahan darah-Nya di atas salib.

21Kamu dahulu tersisih daripada Allah dan merupakan seteru dalam pemikiranmu kerana perbuatanmu yang jahat. 22Akan tetapi, sekarang Allah telah mendamaikan kamu dengan diri-Nya melalui kematian tubuh Anak-Nya, supaya Dia dapat memperhadapkan kamu sebagai orang suci, yang tidak bercela dan tidak bersalah di hadapan-Nya – 23jika kamu tetap beriman, mantap dan berdiri teguh, tidak berganjak daripada harapan Injil yang kamu dengar. Inilah Injil yang dikhabarkan kepada seluruh ciptaan di bawah langit, dan yang aku, Paulus, menjadi hambanya.