Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kolose 1

A A A
Alkitab Versi Borneo
12Kita mengucapkan syukur kepada Bapa kita yang telah melayakkan kita menerima sebahagian warisan orang yang salih dalam cahaya. 13Dia telah melepaskan kita daripada kuasa kegelapan dan memindahkan kita ke dalam kerajaan Anak yang dikasihi-Nya, 14Amelalui Dialah kita ditebus dan mendapat pengampunan dosa.

Keulungan Kristus

15Dia ialah gambaran Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan. 16Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik yang bertakhta mahupun yang berkuasa, baik pemerintah mahupun kerajaan; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya. 17Dia terdahulu daripada segalanya, dan setiap yang wujud ada dalam-Nya.