Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kisah Para Rasul 3

A A A
Alkitab Versi Borneo
17Namun demikian, saudara-saudara, aku tahu bahawa kamu berbuat demikian dalam kejahilan, begitu juga para pemimpinmu. 18Tetapi dengan cara demikianlah segala yang dinyatakan Allah melalui lidah nabi-nabi-Nya, bahawa Kristus akan menderita, telah ditunaikan-Nya. 19Oleh itu, bertaubatlah dan berpalinglah kepada Allah, supaya dosa-dosamu dihapuskan, dan supaya masa yang memberikan kesegaran datang kelak daripada Tuhan. 20Dan juga supaya Dia menghantar Yesus Kristus yang telah ditentukan-Nya menjadi Kristus bagimu. 21Kristus mesti tetap di syurga sampai masa Allah memulihkan segala-galanya, seperti yang difirmankan-Nya dahulukala melalui lidah nabi-nabi-Nya yang suci. 22AMusa sesungguhnya telah berkata kepada nenek moyang kita, 'Tuhan Allah akan membangkitkan untukmu seorang Nabi sepertiku daripada kalangan bangsamu. Dengarlah segala kata-Nya kepadamu dalam semua hal. 23BSetiap jiwa yang tidak mendengar kata Nabi itu akan dibinasakan sama sekali daripada kalangan kaumnya.' 24Ya, semua nabi, daripada Samuel dan selepasnya, semua yang telah bersuara, juga telah bernubuat tentang zaman ini. 25CKamu ialah anak cucu nabi-nabi itu, dan waris perjanjian yang dibuat Allah dengan nenek moyang kita melalui firman-Nya kepada Abraham, 'Melalui benihmu semua bangsa di bumi akan diberkati.' 26Pertama sekali kepada kamu, Allah telah membangkitkan Hamba-Nya Yesus dan menghantar-Nya untuk memberkatimu dengan memalingkan kamu sekalian daripada kejahatanmu."