Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kejadian 8

A A A
Alkitab Versi Borneo
15Berfirmanlah Allah kepada Nuh, 16"Keluarlah dari bahtera itu, engkau berserta isterimu, anak-anakmu, dan para menantu perempuanmu. 17Bawalah keluar kesemua makhluk bernyawa yang ada bersama-samamu, iaitu segala burung, haiwan, dan segala binatang melata yang merayap di bumi. Biarkan kesemua makhluk itu memenuhi bumi, berkembang biak, dan bertambah banyak di bumi." 18Maka keluarlah Nuh berserta anak-anaknya, isterinya, dan para menantu perempuannya. 19Seterusnya keluar pula dari bahtera itu menurut jenisnya segala haiwan liar, segala binatang melata, segala burung, iaitu semua yang bergerak di bumi.

Perjanjian Allah dengan Nuh

20Lalu Nuh mendirikan sebuah mazbah, iaitu tempat mempersembahkan korban bakaran kepada TUHAN. Maka dia mengambil beberapa ekor daripada setiap binatang yang halal dan daripada setiap jenis burung yang halal, lalu dipersembahkannya korban bakaran di atas mazbah itu. 21TUHAN menghidu persembahan yang harum itu. Maka berfirmanlah TUHAN dalam hati-Nya, "Aku tidak akan melaknati bumi ini lagi atas sebab kemungkaran manusia. Biarpun dari kecil lagi ada sifat durjana dalam hati manusia, Aku tidak akan lagi membinasakan segala yang hidup seperti yang telah Kulakukan. 22Selama bumi masih wujud,

tidak akan putus bertali arusnya

musim menabur dan musim menuai,

sejuk dan panas,

musim kemarau dan musim hujan,

serta siang dan malam."

Kejadian 9

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perjanjian Allah dengan Nuh

1ALalu Allah memberkati Nuh dan anak-anaknya dan berfirman kepada mereka, "Beranakcuculah dan bertambah ramailah, dan penuhilah bumi. 2Setiap makhluk yang hidup dan setiap burung di udara akan berasa takut dan gentar terhadap kamu. Segala yang merayap di tanah, dan segala ikan di laut berada dalam kekuasaanmu. 3Segala yang bergerak yang mempunyai hidup akan menjadi makananmu. Sebagaimana Aku memberimu tumbuh-tumbuhan hijau, kini Aku memberimu kesemuanya.