Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kejadian 50

A A A
Alkitab Versi Borneo

Yusuf menenteramkan hati saudaranya

15Saudara-saudara Yusuf sedar bahawa ayah mereka telah meninggal.i Lalu berkatalah mereka, "Mungkin Yusuf berdendam terhadap kita dan akan membalas sepenuhnya semua kejahatan yang kita lakukan terhadapnya." 16Maka mereka menyuruh orang menemui Yusuf dengan pesan, "Sebelum ayah tuan meninggal, dia berpesan, 17'Beginilah harus kamu katakan kepada Yusuf: Ampunilah segala kesalahan dan dosa para saudaramu yang pernah berbuat jahat terhadapmu.' Jadi, sekarang ampunkanlah kesalahan hamba-hamba Allah ayahmu." Ketika Yusuf mendengar pesan itu, dia pun menangis.

18Kemudian datanglah para saudaranya lalu mereka sujud memberi hormat di hadapannya. Kata mereka, "Kami datang untuk menjadi hamba tuan."

19Tetapi kata Yusuf kepada mereka, "Jangan takut. Adakah diri aku ini Allah? 20Memang dahulu kamu berniat melakukan kejahatan terhadapku, tetapi Allah memaksudkan perbuatan kamu untuk tujuan yang baik sehingga wujud apa yang terjadi sehingga hari ini, iaitu dengan terpeliharanya kelangsungan hidup ramai manusia.