Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Hosea 11

A A A
Alkitab Versi Borneo
8ABagaimana mungkin Aku membiarkan engkau, wahai Efraim,

menyerahkan engkau, wahai Israel?

Bagaimana mungkin Aku membiarkan engkau seperti Adma, menjadikan engkau seperti Zeboim?

Hati-Ku begitu bergejolak, lantas terus tercetuslah belas kasihan-Ku.

9Aku tidak akan melaksanakan murka-Ku yang menyala-nyala itu.

Aku tidak akan membinasakan Efraim semula,

kerana Aku Allah, bukan manusia;

Yang Maha Suci, yang ada di tengah-tengah kamu.

Aku tidak akan datang dengan murka.

10Mereka akan berjalan mengikuti Tuhan,

yang akan mengaum seperti singa.

Sesungguhnya, Dia akan mengaum,

dan para anak itu akan datang dengan gementar dari sebelah barat.

11Dengan gementar mereka akan datang seperti burung dari Mesir,

seperti burung merpati dari Tanah Asyur.

Aku akan menempatkan mereka lagi di rumah-rumah mereka,"

demikianlah firman Tuhan.