Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ezra 5

A A A
Alkitab Versi Borneo

Pembinaan semula Bait Allah dimulai lagi

1AMaka bernubuatlah dua orang nabi, iaitu Nabi Hagai dan Nabi Zakharia anak Ido, kepada orang Yahudi yang tinggal di Yehuda dan di Yerusalem dengan nama Allah Israel, yang menaungi mereka. 2BLalu bangkitlah Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak untuk memulakan pembinaan semula Rumah Allah di Yerusalem. Mereka disertai dan disokong oleh kedua-dua orang nabi Allah itu.

3Namun demikian, pada masa itu juga, mereka didatangi oleh Tatnai, pembesar daerah seberang Sungai Efrat, berserta Syetar-Boznai, dan rakan-rakan mereka. Beginilah kata mereka, "Siapakah yang memberikan perintah kepadamu untuk membina Bait ini dan menyelesaikan pembinaan ini?" 4Mereka juga bertanya, "Siapakah nama kumpulan orang yang mendirikan bangunan ini?" 5Namun begitu, mata Allah mereka tertuju kepada tua-tua orang Yahudi, sehingga mereka tidak dikerah untuk menghentikan kerja sampai laporan diterima oleh Darius dan kemudian dibalas dengan kiriman surat jawapan tentang hal itu.