Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Keluaran 17

A A A
Alkitab Versi Borneo

Air di Masa dan di Meriba

1AKemudian seluruh jemaah Israel berangkat dari Gurun Sin lalu tahap demi tahap mereka meneruskan perjalanan mereka sebagaimana yang difirmankan oleh TUHAN. Mereka berkhemah di Rafidim, tetapi di sana tidak ada air untuk diminum oleh umat itu. 2Lalu berbantahlah bangsa itu dengan Musa, kata mereka, "Berilah kami air supaya kami dapat minum."

Kata Musa kepada mereka, "Mengapakah kamu berbantah dengan aku? Mengapakah kamu mencubai TUHAN?"

3Tetapi umat itu kehausan di sana dan ingin minum. Maka mereka merungut-rungut kepada Musa dan berkata, "Mengapakah engkau memimpin kami keluar dari Mesir? Hanya untuk membunuh kami, anak-anak kami, dan ternakan kami dengan kehausan?"

4Maka berserulah Musa kepada TUHAN, katanya, "Apakah yang harus kulakukan terhadap umat ini? Mereka sudah hampir-hampir mahu merejam aku."

5Firman TUHAN kepada Musa, "Berjalanlah di depan umat itu dan bawalah beberapa orang tua-tua Israel. Bawalah di tanganmu tongkatmu yang kamu gunakan untuk memukul Sungai Nil dahulu, dan pergilah. 6Aku akan hadir di hadapanmu di atas batu pejal di Horeb. Pukullah batu pejal itu, maka air akan keluar dari dalamnya sehingga bangsa itu dapat minum." Lalu Musa melaksanakan hal itu di hadapan mata para tua-tua Israel.

7Dinamainya tempat itu Masa dan Meriba, kerana di sana orang Israel berbantah-bantah dan mencubai TUHAN dengan berkata, "Hadirkah TUHAN dalam kalangan kita atau tidak?"